KUALA LUMPUR - Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan antara 50 hingga 60 kilometer (km) sejam dan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka melanda kawasan perairan Condore bermula esok sehingga Rabu.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan angin kencang dengan kelajuan antara 40 hingga 50 km sejam dan ombak berketinggian sehingga 3.5 meter dijangka turut melanda kawasan perairan Reef North, Reef South, Layang-Layang, utara Bunguran, timur Samui dan Tioman bermula esok sehingga Rabu ini.