KDN FC mampu raih keputusan positif lawan Terengganu FC - Lik Wan

Iklan
PEMAIN import Kelantan Darul Naim FC (KDN FC), Kim Lik Wan percaya pasukannya mampu menghasilkan keputusan positif pada aksi Liga Super menentang Terengganu FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Kuala Terengganu pada Jumaat ini.

PEMAIN import Kelantan Darul Naim FC (KDN FC), Kim Lik Wan percaya pasukannya mampu menghasilkan keputusan positif pada aksi Liga Super menentang Terengganu FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Kuala Terengganu pada Jumaat ini.

Lik Wan berkata, keyakinan itu berpandukan persembahan yang semakin baik diperagakan oleh KDN FC walaupun tewas tipis 2-3 kepada Sabah FC baru-baru ini.

Iklan
Iklan

"Saya sentiasa percaya bahawa pasukan kami boleh melakukannya walaupun kecewa dengan keputusan (perlawanan) setakat ini, tetapi dari sudut positifnya kami semakin baik.

"Saya pasti kami boleh menghasilkan keputusan yang baik pada perlawanan Liga Super minggu ini di Terengganu FC," katanya.

Iklan

Tonggak pertahanan muda dari Korea Selatan itu meramalkan pertembungan sengit bakal berlaku memandangkan kedua-dua pasukan mahu meraih mata pada perlawanan tersebut.

Beliau berharap rakan-rakan sepasukan dapat menyekat kemaraan jentera serangan Terengganu FC yang dilihat cukup kuat setakat ini.

Iklan

"Saya fikir komunikasi adalah perkara yang paling penting kerana membantu kami membentuk pertahanan lebih ampuh. Selain itu, segala perancangan pasukan juga mesti dilaksanakan supaya kami keluar dengan keputusan positif.

"Saya selalu fikir penyokong Kelantan adalah kekuatan kami. Jika anda mempercayai dan menyokong pemain seperti sekarang, saya rasa keputusan yang baik akan keluar," katanya.