Keputusan sukar sisih Rashford, Henderson

Iklan
Rashford FOTO: AFP

PENGENDALI England, Gareth Southgate mengakui satu keputusan sukar untuk menyisihkan Marcus Rashford dan Jordan Henderson daripada senarai 33 pemain ke Euro 2024 yang dikeluarkan pada Selasa.

Rashford tampil dengan persembahan kurang memuaskan dengan menjaringkan lapan gol pada musim ini manakala Henderson yang meninggalkan Liverpool ke Al-Ettifaq di Arab Saudi pada musim panas lalu sebelum menyertai Ajax sedang dalam pretasi kurang memuaskan.

Iklan
Iklan

"Anda perlu membuat keputusan sukar dan anda perlu terus mengembangkan skuad,” kata Southgate kepada BBC.

"Hasrat saya sudah tentu mahu mengambil semua pemain yang telah bersama selama ini," katanya.

Iklan

Rashford bermain hanya 16 minit semasa perlawanan antarabangsa terakhir apabila dimasukkan dari bangku simpanan ketika tewas 0-1.

"Ini adalah keputusan yang sukar, anda bercakap tentang pemain yang merupakan pemain sangat bagus dan telah menjadi watak penting dalam apa yang telah kami lakukan.

Iklan

"Di posisi dia, saya rasa pemain lain mempunyai musim yang lebih baik," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!