Rasionalisasi subsidi diesel demi masa depan negara - Shamsul Iskandar

Iklan
Shamsul Iskandar

SHAH ALAM - Persetujuan kerajaan untuk melaksanakan penyasaran subsidi diesel yang hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung dibuat bagi mencegah ketirisan serta memastikan ia benar-benar sampai kepada kelompok sasaran.

Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, ini kerana pemberian subsidi yang dibuat ketika ini tidak mencapai sasaran hingga mengakibatkan Malaysia mengalami kerugian.

Iklan
Iklan

Sebaliknya, menurut Shamsul Iskandar, subsidi berkenaan hanya sampai kepada pemilik syarikat dan kira-kira 3.8 juta warga asing yang tinggal di negara ini.

"Bagi mengelakkan kenaikan inflasi akibat langkah rasionalisasi ini, kerajaan telah mengekalkan subsidi kepada 10 jenis kenderaan awam, serta 23 jenis kenderaan pengangkutan barangan di bawah Skim Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDB).

Iklan

"Walhasil, kerajaan dapat menjimatkan wang sebanyak RM4 bilion setahun, serta dapat menyalurkan subsidi kepada kelompok yang disasarkan dan dapatlah kerajaan untuk menyalurkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang ditambah baik dan ditingkatkan kepada RM700 juta berbanding RM130 juta," katanya menerusi hantaran di X pada Rabu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan Perutusan Negara pada malam Selasa mengumumkan Kabinet bersetuju untuk melaksanakan penyasaran subsidi bahan api bermula dengan diesel membabitkan pengguna di Semenanjung Malaysia.

Iklan

Beliau berkata, dengan usaha penyasaran subsidi diesel ini, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka (secara kasar) sekitar RM4 bilion setahun.

Mengulas lanjut, Shamsul Iskandar berkata, pelaksanaan penyasaran subsidi untuk bahan api diesel itu berupaya membantu menjimatkan perbelanjaan negara, selain peruntukan tersebut dapat digunakan untuk pembangunan lebih penting.

"Dengan rasionalisasi diesel dan petrol ini, kerajaan dapat menyediakan pelan untuk perubahan tenaga yang lebih bersih, demi pembangunan yang lestari kepada alam sekitar, serta memastikan ekonomi dapat terus berkembang dari peralihan tenaga yang lebih bersih ini," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!