Jurutera antara empat direman kes tuntutan palsu RM86,000

Iklan
Kesemua suspek yang memakai baju lokap SPRM tiba di mahkamah pada jam 9.30 pagi dengan diiringi pegawai SPRM.

GEORGE TOWN - Empat individu termasuk seorang jurutera sebuah agensi kerajaan direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan tuntutan palsu membabitkan projek laluan pejalan kaki di Taman Bandaraya pada 2020.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi selepas mendengar permohonan yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

Iklan
Iklan

Kesemua suspek yang memakai baju lokap SPRM tiba di mahkamah pada jam 9.30 pagi dengan diiringi pegawai SPRM.

Menurut sumber, jurutera berusia 34 tahun serta tiga kontraktor berusia lingkungan 30-an itu ditahan semalam selepas mereka hadir ke pejabat SPRM untuk memberi keterangan.

Iklan

"Kesemua suspek dipercayai mengemukakan tuntutan palsu kira-kira bernilai RM86,000 bagi projek laluan pejalan kaki di Taman Bandaraya di sini.

"Bagaimanapun, projek itu tidak dilaksanakan mengikut spesifikasi yang ditetapkan,” katanya.

Iklan

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Mohd Fuad Bee Basrah ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan didenda lima kali ganda nilai suapan jika didapati bersalah,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!