9 rakyat Malaysia cedera dalam insiden gelora udara Singapore Airlines

Iklan
Penerbangan SQ321 dengan 211 penumpang dan 18 kru itu dalam penerbangan dari London ke Singapura apabila ia menghadapi gelora udara yang tiba-tiba dan ekstrem.

KUALA LUMPUR - Kementerian Luar (Wisma Putra) melalui Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok, Thailand mengesahkan sembilan rakyat Malaysia termasuk seorang kru cedera dalam pesawat Singapore Airlines (SIA) penerbangan SQ321.

Pesawat itu dalam penerbangan dari London ke Singapura apabila ia terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Bangkok pada petang Selasa.

Iklan
Iklan

Dalam satu kenyataan pada Rabu, kementerian itu berkata, bahawa kesemua sembilan rakyat Malaysia dalam penerbangan SIA itu kini sedang menerima rawatan akibat kecederaan yang mereka alami.

Wisma Putra berkata, sejumlah 16 rakyat Malaysia berada di dalam penerbangan itu dengan kedutaan sedang giat menyelaras dengan pihak berkuasa tempatan dan hospital yang berkenaan dan sedang menghulurkan bantuan konsular kepada rakyat Malaysia yang terlibat.

Iklan

"Pada masa ini, enam rakyat Malaysia dirawat di Hospital Samitivej Srinakarin dan tiga lagi di Hospital Samitivej Sukhumvit.

"Menurut kedua-dua hospital, semua mangsa rakyat Malaysia yang terlibat mengalami kecederaan fizikal dan dalaman dan seorang rakyat Malaysia mengalami kecederaan kritikal tetapi dalam keadaan stabil," katanya.

Iklan

Wisma Putra berkata, rakyat Malaysia yang cedera berada di bawah pengawasan di wad secara berasingan dan sedang menunggu laporan perubatan.

Kementerian itu turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dan mendoakan agar semua mangsa yang cedera cepat sembuh dari insiden yang malang itu.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok di alamat kedutaan di Kronos Sathorn Tower Level 17, 46 North Sathorn Road, Silom Bang Rak, Bangkok.

Kedutaan juga boleh dihubungi melalui talian +66-2340-5731/5732 (waktu pejabat) atau +66-87-028-4659 (selepas waktu pejabat) dan e-mel: mwbangkok@kln.gov.my.

Penerbangan SQ321 dengan 211 penumpang dan 18 kru itu dalam penerbangan dari London ke Singapura apabila ia menghadapi gelora udara yang tiba-tiba dan ekstrem di atas Lembangan Irrawaddy pada ketinggian 11,277.6 meter kira-kira 10 jam selepas berlepas.

Juruterbang mengisytiharkan kecemasan perubatan dan melencongkan pesawat Boeing 777-300ER ke Bangkok, mendarat pada 3.45 petang waktu tempatan, Selasa.

Insiden itu menyebabkan seorang maut dan beberapa lagi cedera. Pengarah Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi Kittipong Kittikachorn sebelum ini berkata mangsa yang maut dalam kejadian itu ialah seorang lelaki Britain berusia 73 tahun. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!