Siang tukang cuci, malam jadi peneman lelaki di pusat hiburan

Iklan
Kesemua yang ditahan dibawa ke Depot Imigresen di Juru bagi membantu siasatan lanjut.

GEORGE TOWN - Seramai 15 wanita warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang ketika sedang leka berhibur di sebuah pusat hiburan di Lebuh Farquhar di sini pada malam Selasa.

Serbuan dilakukan jam 11.15 malam diketuai Ketua Operasi JIM Pulau Pinang, Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan (TPPK), Izham Idris selepas mendapat maklumat mengenai aktiviti kumpulan wanita warga asing yang menjadi peneman lelaki hidung belang di pusat hiburan terbabit.

Iklan
Iklan

Difahamkan, kesemua mereka bekerja sebagai tukang cuci pejabat, pembantu restoran serta pekerja spa pada sebelah pagi, namun berbeza personaliti pada sebelah malam.

Hasil pemeriksaan dibuat mendapati rata-rata mereka yang ditahan itu memasuki negara menggunakan pas lawatan sosial serta pas lawatan kerja sementara.

Iklan

Pengarah JIM Pulau Pinang, Nur Zulfa Ibrahim berkata, wanita warga asing yang ditahan memberi alasan datang ke pusat hiburan itu atas jemputan rakan memandangkan cuti umum pada Rabu selain mahu meraikan hari lahir kenalan kepada rakan.

Menurutnya, mereka yang ditahan itu terdiri daripada warga Thailand, Indonesia dan Vietnam.

Iklan

"Kesemua ditahan berusia lingkungan 25 hingga 30 tahun itu disyaki melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1963.

"Antara kesalahan yang dikesan termasuk menetap lebih masa, tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan menyalahgunakan pas,” katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.

Beliau berkata, semua yang ditahan dibawa ke Depot Imigresen di Juru bagi membantu siasatan lanjut.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!