Puluhan terbunuh pertempuran antara kaum di Congo - PBB

Iklan
Sejak Februari 2023, pertempuran itu telah menyebabkan 740 orang awam terbunuh dan 75,000 orang hilang tempat tinggal di Kisangani, ibu kota Tshopo.

NEW YORK - Puluhan orang awam telah terbunuh setakat bulan ini dalam pertempuran antara kaum yang berlaku di Republik Demokratik Congo (DR Congo), menurut agensi kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa, lapor Xinhua.

Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA) berkata, pekerja bantuan sedang membantu penduduk yang cedera dan kehilangan tempat tinggal daripada pertempuran di wilayah timur laut Tshopo.

Iklan
Iklan

Menurut OCHA, sejak Februari 2023, pertempuran itu telah menyebabkan 740 orang awam terbunuh dan 75,000 orang hilang tempat tinggal di Kisangani, ibu kota Tshopo.

Pejabat itu berkata, pasukan penilai yang diketuai OCHA mendapati bahawa makanan, tempat tinggal dan penjagaan kesihatan adalah keperluan paling mendesak bagi penduduk kehilangan tempat tinggal.

Iklan

Agensi itu menyeru semua pihak terlibat untuk bekerjasama bagi menamatkan keganasan, melindungi orang awam dan mencari penyelesaian yang mampan kepada konflik di negara berkenaan. - Bernama

Iklan