GWM perkenal motosikal berkuasa tinggi 2,000cc

Iklan
Souo S 2000 ST merupakan motosikal pengeluaran pertama dunia dipacu enjin 8-silinder 2,000cc yang dipadankan bersama transmisi DCT (dual-clutch transmission) 8-kelajuan

SYARIKAT pengeluar kenderaan utiliti sukan terbesar, Great Wall Motor Company Limited (GWM) mengorak langkah memperkenalkan motosikal berkuasa tinggi 2,000cc terbaharu keluarannya GWM Souo S 2000 ST.

Pelancaran jenama Souo ini juga secara tidak langsung menunjukkan usaha GWM dalam menyaingi jenama automotif terkemuka dunia, Honda.

Iklan
Iklan

Ini kerana S 2000 ST merupakan pesaing kepada model flagship Honda, GL1800 Gold Wing.

Souo S 2000 ST merupakan motosikal pengeluaran pertama dunia dipacu enjin 8-silinder 2,000cc yang dipadankan bersama transmisi DCT (dual-clutch transmission) 8-kelajuan.

Iklan

Untuk perbandingan, Gold Wing dikuasakan enjin enam silinder Unicam SOHC 1,833cc sementara S2000 ST mengguna pakai sistem DOHC.

S2000 ST mengguna pakai sistem DOHC.

Sistem enjin 2 liter, 8 silinder boxer Souo memastikan penunggang juga tidak perlu risau ketika memecut kerana motosikal ini stabil.

Iklan

Meskipun begitu, reka bentuk S2000 ST ini tidak sama seperti Gold Wing terutamanya bentuk badan yang lebih bersudut dan tegak bersegi.

brek Brembo

GWM menginspirasikan motosikal touring ini daripada lukisan singa dalam sejarah China.

Ciri lain yang jelas kelihatan adalah pencahayaan LED penuh, brek Brembo radial, 4-piston berkembar, pembesar suara, grip dan tempat duduk pemanas dan brek parkir elektronik.

Selain itu juga di bahagian handlebar menempatkan butang kawalan skrin TFT, butang pelarasan penghadang angin, butang kawalan bunyi dan butang gear undur elektronik.

Handlebar menempatkan butang kawalan skrin TFT, butang pelarasan penghadang angin, butang kawalan bunyi dan butang gear undur elektroni

Dalam pada itu, disebabkan S2000 ini digerakkan dengan sistem DCT, terdapat butang mod automatik dan separa automatik selain dari fungsi ‘cruise control’.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!