[DIKEMAS KINI] DUA pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia dan Leong Jun Hao mempamerkan karakter juang tinggi untuk mara ke pusingan kedua Malaysia Masters selepas menjinakkan lawan masing-masing dalam perlawanan di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Rabu.
Bagaimanapun Zii Jia yang tampil dengan reputasi juara Terbuka Thailand Super 500 terlebih dulu diasak wakil China, Zhao Jun Peng dengan kekalahan 19-21 pada set pertama.
Biarpun begitu aura penyokong-penyokong di laman sendiri menyaksikan pemain nombor 10 dunia itu bangkit untuk menang 21-11 bagi mengheret perlawanan ke set penentuan.
Set ketiga Zii Jia ternyata diberikan tentangan sengit kepada Jun Peng yang berstatus 40 dunia sebelum menang 21-14 dalam masa 61 minit.
Zii Jia akan meneruskan kembara kejuaraan Super 500 Siri Jelajah Persekutuan Badminton Dunia (BWF) berdepan wakil India, Kiran George yang menewaskan pemain Jepun, Takuma Obayashi, 21-16, 21-17.
Sementara itu, Jun Hao juga mempamerkan karakter juang tinggi apabila bangkit menjinakkan wakiil China Lei Lan Xi.
Bagaimanapun Jun Hao berstatus nombor 37 dunia terlebih dulu diatasi 13-21, Lan Xi, yang berstatus ranking 34 dunia.
Set kedua Jun Hao kembali menyaingi Lan Xi menyaksikan kedua-dua pemain saling bertukar mata untuk kemenangan 23-21 memihak pemain negara itu.
Kemenangan itu membarakan lagi semangat pemuda kelahiran Kuala Lumpur meninggalkan jauh lawannya untuk kemenangan 21-12 dalam masa 81 minit.
Jun Hao bakal berdepan wakil China, Li Shi Feng yang menjinakkan bintang Perancis, Toma Popov, 12-21,21-19, 21-15 dalam aksi 82 minit.
Turut mara ke pusingan kedua, beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik juga pilihan pertama yang menewaskan wakil Korea Selatan, Kim Young-hyuk-Wang Chan 21-18, 22-20 sekaligus berdepan beregu China, Chen Bo Yang-Liu Yi
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!