BN pernah cadang subsidi bersasar 10 tahun lalu - Akmal Saleh

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Selasa.

SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, cadangan subsidi bersasar diberikan kepada golongan yang lebih memerlukan pernah dicadangkan kerajaan pentadbiran Barisan Nasional (BN) dua dekad lalu.

Menurutnya, meskipun mendapat bantahan pembangkang ketika itu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terlebih dahulu melihat kepentingan perlaksanaan tersebut.

Iklan
Iklan

"Kami menyokong penuh tindakan kerajaan untuk menyasarkan subsidi diesel yang mana subsidi tersasar kepada golongan rakyat yang memerlukan perlu diutamakan seperti mana yang pernah dilakukan oleh kerajaan BN pada 2014 dahulu.

"Walaupun ketika itu pihak pembangkang yang kini ada sebahagiannya telah menjadi kerajaan dan ada yang masih kekal menjadi pembangkang tidak menyokong cadangan tersebut.

Iklan

"Terima kasih Najib Razak kerana telah melihat perkara ini jauh lebih ke hadapan ketika 10 tahun yang lepas," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.

Pada Selasa, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kabinet bersetuju untuk melaksanakan subsidi bersasar diesel yang dijangka mampu membawa penjimatan kira-kira RM4 bilion kepada negara setiap tahun.

Iklan

Katanya, langkah tersebut hanya memberi kesan kepada golongan kaya serta warga asing, manakala kelompok lain termasuk B40 akan tetap mendapat manfaat melalui pelbagai inisiatif kerajaan.

Akmal Saleh

Sementara itu, hantaran sama, Dr Muhamad Akmal turut memuat naik tangkap layar kenyataan dikeluarkan Rafizi Ramli bertarikh 21 November 2014 yang mengecam tindakan kerajaan bawah pentadbiran Najib menghapuskan subsidi petrol RON95 dan diesel bermula 1 Disember 2014 sepenuhnya.

Bantahan tersebut bertentangan dengan pendirian Rafizi, juga merupakan Menteri Ekonomi ketika ini yang secara konsisten menekankan kewajaran perlaksanaan subsidi bersasar demi mengecilkan defisit fiskal negara.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!