Pemantauan rapi bendung ketirisan, penyeludupan
Iklan
SHAH ALAM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan membuat pemantauan rapi bagi membendung ketirisan dan sindiket penyeludupan diesel sebaik sahaja penyasaran subsidi minyak itu dilaksanakan.
Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh berkata, tindakan itu bagi menyahut seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar penyasaran subsidi tersebut diberikan kepada yang benar-benar layak tanpa diseleweng oleh mana-mana pihak.