Kegiatan penyeludupan diesel boleh lumpuh - Pakar
Iklan
SHAH ALAM - Kegiatan penyeludupan diesel di Semenanjung berpotensi lumpuh dan berkurangan susulan tindakan kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi bahan api itu bagi menangani sebarang ketirisan.
Pakar kriminologi bebas, Shahul Hamid Abd Rahim bagaimanapun berkata, pihak berkuasa bakal berdepan cabaran sukar untuk membanteras jenayah tersebut kerana penyeludup dijangka menggunakan pelbagai helah dan modus operandi bagi menjayakan aktiviti penyeludupan diesel ke negara jiran.