Promosi kurang punca pelancong tidak datang Kelantan - Exco

Iklan
Kamarudin (dua dari kanan) bersama Norzila (kanan) beramah mesra dengan media yang hadir pada Majlis Ramah Mesra dan Pertemuan Media Bersama JKKN di Pantai Kemayang, Bachok pada Rabu.

BACHOK - Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Kamarudin Md Noor mengakui promosi kurang menjadi punca pelancong tidak memilih Kelantan sebagai destinasi utama mereka.

Beliau berkata, situasi itu menyebabkan pelancong tidak mengetahui tempat-tempat menarik dan aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang berada di sini.

Iklan
Iklan

"Sekarang ini kita ambil sikap proaktif dengan keluar menjemput mereka (pelancong) untuk datang ke negeri ini dengan membawa maklumat tempat-tempat menarik," katanya kepada pemberita pada Majlis Ramah Mesra dan Pertemuan Media Bersama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) di Pantai Kemayang di sini pada Rabu.

Hadir sama ialah, Timbalan Pengarah JKKN, Norzila Mamat Ghani.

Iklan

Menurut beliau, sepanjang promosi itu mereka turut membawa tema iaitu 'Family, Food dan Festival' yang merupakan tema Tahun Melawat Kelantan (TMK) 2024.

Ujarnya, tema tersebut sangat relevan terutama makanan yang cukup sinonim dengan masyarakat di negeri ini.

Iklan

Mengulas mengenai TMK 2024, Kamarudin berkata, beliau meletakkan perkara tersebut sebagai asas untuk mempromosi dan menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini pada masa depan.

Katanya, walaupun perjalanan TMK sudah memasuki tempoh enam bulan namun beliau akan terus berusaha menarik lebih ramai pelancong.

"Alhamdulillah, kita telah berjaya membuka nama Kelantan ke negara-negara sekitar seperti Indonesia. Sebagai contoh saya ke Sumatera untuk promosi, ramai yang tidak tahu Kelantan berada di mana.

"Jadi kita seolah-olah bermula dari kosong. Jadi kita jemput pemain pelancongan untuk datang ke Kelantan dan melihat produk yang ada sebelum mereka pulang dan mempromosikannya," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!