GWM perkenal model baharu SUV segmen-C hibrid, 'off-road'

Iklan
Cheong (kiri) bersama Cui di hadapan reruai GWM di MAEPS. FOTO: SINAR HARIAN/ MOHD HALIM ABDUL WAHID

[DIKEMAS KINI] GREAT Wall Motor (GWM) Malaysia membuat kemunculan khas dengan memperkenalkan model baharu iaitu SUV segmen-C hibrid iaitu GWM Haval H6 HEV dan GWM Tank 300, sejenis kenderaan ‘off-road’ buat penggemar aktiviti lasak.

Pengurus Pemasarannya, Raymond Cheong berkata, pihaknya menawarkan produk eksklusif itu dengan menyasarkan golongan remaja atau dewasa dan pelanggan sudah mula dibenarkan membuat tempahan untuk kedua-dua model tersebut.

Iklan
Iklan

Model GWM Ora Good Cat pasti menambat hati peminat EV. FOTO: SINAR HARIAN/ MOHD HALIM ABDUL WAHID

Menurut beliau, ia kerana kemasukan produk kenderaan elektrik (EV) seperti GWM ORA Good Cat pada 2022 lalu dan juga GWM ORA 07 yang telah dipasarkan pada April lepas semakin mendapat permintaan ramai.

Iklan

GWM Tank 300 dijual pada harga sekitar RM250,000. FOTO: SINAR HARIAN/ MOHD HALIM ABDUL WAHID

"Justeru, kami mahu mengorak langkah dengan mempersembahkan model baharu pula terutamanya GWM Tank 300 yang sudah boleh ditempah dalam jangka harga RM250,000 namun terhad kepada 300 pembeli terawal.

Iklan

"GWM Haval H6 HEV juga dibuka untuk tempahan dan bakal dilancarkan menjelang suku ketiga tahun ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di pameran yang bertempat di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini pada Selasa.

Model Haval H6 HEV yang serba moden. FOTO: SINAR HARIAN/ MOHD HALIM ABDUL WAHID

Acara yang melibatkan lebih daripada 200 jenama dan 500 model kenderaan pelbagai jenis itu dirasmikan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Raymond turut memaklumkan, GWM Malaysia juga dalam perancangan untuk menembusi pasaran negara tahun ini menerusi penyertaan program berbeza memandangkan produk negara China semakin mendapat tempat di hati masyarakat.

"Ketika GWM ORA Good Cat dibawa masuk pada mulanya, tidak dinafikan momentum agak perlahan kerana tidak ramai yang tahu tentang EV, namun perubahan trend semasa membuatkan orang ramai berminat dan menerima EV.

"Saya harap orang ramai terbuka dengan teknologi baharu yang lebih inovatif dan moden serta memilih GWM sebagai salah satu jenama kereta terkemuka.

"Dari segi kualiti dan pengalaman, kami sudah bersedia untuk menjadi alternatif dan perunding automotif rakyat di negara ini,” ujar beliau lagi.