Faisal Halim akan dikawal ketat selepas dibenar keluar hospital

Iklan
Faisal Halim

SELANGOR FC akan tetap menyediakan kawalan keselamatan yang ketat kepada Faisal Halim walaupun selepas dia telah dibenarkan keluar dari hospital.

Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata, ia merupakan langkah berjaga-jaga selain memastikan Faisal sendiri sudah cukup bersedia selepas menghadapi insiden disimbah asid tersebut.

Iklan
Iklan

"Sekarang masih ada 'security' di rumah, di hospital. Kita masih akan menyediakan kawalan keselamatan sehingga sampai masa dan ketika Faisal merasakan dia tenang dan okey.

"Selepas itu, kita akan bincang dengan keluarga Faisal mengenai perkara ini," katanya.

Iklan

Sebelum ini, Faisal atau dikenali sebagai Mickey menjadi mangsa simbahan asid oleh individu tidak dikenali pada 5 Mei lalu menyebabkan dia mengalami kelecuran tahap empat.

Dia berada dalam keadaan kritikal selepas insiden tersebut dan terpaksa mengharungi empat pembedahan untuk merawat luka lecuran tersebut di sebuah hospital swasta di Shah Alam.

Iklan

Faisal yang juga pemain sayap kebangsaan menunjukkan perkembangan positif dalam proses rawatannya apabila luka lecuran yang dialaminya itu semakin pulih dan dijangka dapat keluar daripada hospital dalam masa terdekat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!