Sorok syabu, pil ekstasi dalam bagasi

Iklan
Hamzah (tengah) menunjukkan bagasi dibawa suspek yang mengandungi dadah di LTAPP pada 20 Mei lalu

GEORGE TOWN - Dua lelaki warga Indonesia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) pada jam 5.20 petang, 20 Mei lalu kerana membawa sejumlah dadah yang disorokkan di dalam bagasi.

Dadah berkenaan dibawa melalui 'hand carry' oleh kedua-dua suspek berkenaan.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, kedua-dua lelaki berusia 25 dan 27 tahun itu ditahan ketika dalam perjalanan pulang ke negara asal mereka.

Menurutnya, siasatan mendapati, suspek tidak mengetahui butiran 'barang' yang dibawa tersebut namun siasatan lanjut masih dijalankan.

Iklan

"Polis bantuan LTAPP telah menyedari terdapat barang yang mencurigakan di dalam bagasi kedua-dua suspek lalu menghubungi polis.

"Pemeriksaan mendapati, kita menjumpai 20 bungkus plastik lutsinar berisi syabu seberat 2,000 gram bernilai RM64,000 dan satu peket plastik mengandungi 14 biji pil ekstasi bernilai RM700.

Iklan

"Kesemua dadah berkenaan dibungkus dengan kemas dan disorokkan di bawah lipatan pakaian suspek," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang,di sini pada Khamis.

Hamzah menunjukkan dua butir peluru yang dirampas daripada pengawal keselamatan dalam serbuan di rumah suspek pada 20 Mei lalu.

Menurut Hamzah lagi, ia merupakan kali kedua bagi kedua-dua suspek datang ke negeri ini.

"Kali pertama, mereka tidak membawa sebarang barang terlarang selain dipercayai ke sini untuk memantau tahap keselamatan di LTAPP.

"Suspek juga disyaki membawa dadah dari negeri ini untuk dibawa pulang ke negara asal untuk tujuan pengedaran. Sindiket ini baru bergiat aktif dalam pengedaran dadah untuk pasaran luar negara," katanya.

Beliau berkata, ujian saringan air kencing kedua-dua suspek negatif dan mereka juga tiada rekod jenayah lampau.

"Suspek yang bekerja sebagai pengedar barangan elektronik dan pereka dalaman ditahan reman sehingga 27 Mei ini untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Sementara itu, seorang pengawal keselamatan ditahan bersama dua butir peluru hidup di rumahnya di Solok Sungai Ara, di sini pada jam 11.30 pagi, 20 Mei lalu.

Hamzah berkata, selain peluru, polis turut merampas 0.3 gram syabu daripada lelaki berusia 50 tahun tersebut.

"Kita merampas sebutir peluru bertulis Lapua.38 dan sebutir peluru bertulis S&B.38 Special daripada suspek.

"Kita sedang menyiasat dari mana suspek memperoleh peluru hidup ini dan tujuan dia menyimpan peluru berkenaan," katanya.

Menurut beliau, ujian saringan air kencing suspek positif dan turut mempunyai tiga rekod lampau melibatkan kesalahan dadah.

"Suspek direman sehingga 24 Mei untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali," tambahnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!