[DIKEMAS KINI] BEKAS penyerang Harimau Malaya yang juga pemain bola sepak Kelantan era 70-an, Apandi Yusof, 73, meninggal dunia pada Khamis.
Menurut anaknya, Farah Adila, 40, ayahnya menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.10 petang semasa menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.