BFood, pengendali Starbucks Malaysia catat rugi bersih RM29.76 juta

Iklan
Syarikat pengendali Starbucks Malaysia, Berjaya Food Bhd (BFood) mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM29.76 juta pada suku tahun ketiga yang berakhir pada 31 Mac 2024.

[DIKEMAS KINI] SYARIKAT pengendali Starbucks Malaysia, Berjaya Food Bhd (BFood) mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM29.76 juta pada suku ketiga (S3) yang berakhir pada 31 Mac 2024 berbanding untung bersih RM15.94 juta bagi tempoh sama tahun lalu.

BFood dalam satu kenyataan berkata, pendapatan Starbucks susut hampir separuh kepada RM138.65 juta selepas berdepan kempen boikot yang berterusan berikutan konflik di Asia Barat.

Iklan
Iklan

Menurutnya, bagi tempoh sembilan bulan berakhir 31 Mac 2024, mereka terus mencatatkan keuntungan bersih RM53.31 juta daripada untung bersih RM86.13 juta tahun lalu.

Ujarnya, hasil yang diperoleh pada suku tersebut adalah sebanyak RM599.74 juta dan kerugian sebelum cukai RM44.65 juta berbanding hasil RM844.22 juta.

Iklan

"Penurunan hasil dan kerugian sebelum cukai disebabkan pelupusan kepentingan ekuiti entiti kumpulan dalam Jollibean Foods Sdn Bhd.

"Ia tidak termasuk perbelanjaan berkaitan pelaburan, sebelum cukai kerugian adalah RM34.15 juta dalam tempoh semasa,” katanya pada Khamis.

Iklan

Mengulas lanjut, menurut BFood, lembaga pengarah tidak mengesyorkan sebarang dividen untuk suku semasa tahun ini.

Ujarnya, prestasi perniagaan akan bertambah baik menjelang baki suku tahunan berakhir 30 Jun 2024.

"Lembaga pengarah berpendapat prestasi operasi perniagaan syarikat akan bertambah baik secara beransur-ansur sepanjang baki suku tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2024," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!