Apa ada dengan MAHB?
Iklan
14 tahun lalu, di bawah Perdana Menteri keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak, Malaysian Airport Holdings Berhad (MAHB) mengumumkan menang bidaan membina, mengendali dan memperluas Lapangan Terbang Antarabangsa (LTA) Male di Maldives melalui konsortium GMR-MAHB.MAHB ketika itu turut mengendalikan empat operasi LTA iaitu LTA Rajiv Gandhi di Hyderabad, LTA Indira Gandhi (New Delhi) dan LTA Sabiha Gocken (Turki).
Desas desus di koridor korporat ketika itu turut kencang, susulan penganugerahan projek MIA, MAHB berada di tempat tertinggi untuk menang bidaan kontrak membesarkan LTA Putera Mohammed Bin Abdulaziz di Madinah, Arab Saudi dianggarkan bernilai RM4.9 bilion.