Malaysia lepasi halangan Thailand

Iklan
Aksi Malaysia menentang Thailand dalam perlawanan Kumpulan C.

SKUAD hoki dalam dewan lelaki negara, melepasi cabaran pertama dalam Pusingan Kedua Kumpulan C Piala Asia 2024 Taldykorgan, Kazakhstan, apabila menewaskan Thailand 5-2 di Kompleks Sukan Taldykorgan, pada Khamis.

Pusingan kedua bakal menentukan dua pasukan yang layak ke pentas final sekali gus meraih tiket automatik ke Piala Dunia Hoki Dalam Dewan 2025 di Poreč, Croatia, menyaksikan Iran halangan terakhir Malaysia.

Iklan
Iklan

Pengendali skuad negara, Mohd Rodzhanizam Mat Radzi gembira dengan kemenangan menyifatkan skuad negara hanya selangkah beraksi di pentas final, sekali gus ke Piala Dunia 2025.

"Alhamdulillah kami berjaya mendapatkan kemenangan yang cukup penting dan secara keseluruhan barisan kejurulatihan sangat berpuas hati dengan kemenangan ini. Namun daripada sudut permainan, terdapat kesilapan-kesilapan yang pemain perlu mengurangkannya.

Iklan

"Untuk aksi terakhir pusingan kedua, kami akan bertemu pasukan Iran yang merupakan pasukan kuat dan berpengalaman bermain di Piala Dunia. Pemain pastinya akan turun bermati-matian dan memberikan segalanya bagi meraih keputusan positif.

"Persiapan sebaiknya akan dilakukan untuk memastikan Malaysia ke pentas final sekali gus layak untuk beraksi di Piala Dunia 2025,” katanya.

Iklan

Dalam perlawanan itu, kapten pasukan, Muhammad Najmi Farizal Jazlan menyumbang dua gol berturut-turut buat pasukan negara pada minit keempat dan kesembilan selepas kelebihan pukulan sudut penalti disudahkan dengan sempurna.

Muhamad Izham Azhar mencatat nama selaku penjaring pada minit ke-18, hasil satu lagi kelebihan pukulan sudut penalti untuk Malaysia menutup cerita separuh masa pertama, 3-0.

Suku ketiga, skuad negara menggandakan asakan dan hasilnya pada minit ke-29, menerusi gerakan padang, Abdul Khaliq Hamirin meletakkan kedudukan 4-0.

Thailand yang tidak mengalah berjaya mendapatkan pukulan sudut penalti dan Warawut A-Nukoon menjaringkan gol Gajah Perang pada minit ke-30 sebelum menambah koleksi gol empat minit kemudian.

Bagaimanapun Malaysia terus melebarkan jurang gol menerusi penyudahan pukulan sudut penalti Faridzul Afiq Mohd pada minit ke-37 yang sekali gus menutup aksi dengan tiga mata.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!