[VIDEO] PRM gesa Selangor tangguh kenaikan cukai pintu

Iklan

SELAYANG - Parti Rakyat Malaysia (PRM) menggesa kerajaan negeri menangguhkan pelaksanaan kenaikan cukai pintu baharu yang didakwa dilakukan secara tergesa-gesa.

Setiausaha Agungnya, Koh Swee Yong berkata, kenaikan tersebut tidak sesuai dilakukan dalam situasi semasa selepas rakyat dibebani kenaikan harga barang, tarif elektrik serta penarikan subsidi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kadar nilaian baharu yang ditetapkan juga sangat tinggi dan tidak munasabah hingga ada mencecah sekali ganda berbanding sebelumnya.

"Saya tinggal di Selayang dulu cukai pintu RM464 tapi sekarang RM660 setahun membabitkan kenaikan sehingga 42 peratus.

Iklan

Swee Yong (empat dari kiri) bersama penduduk Selayang Jaya serta beberapa kawasan lain membuat bantahan kenaikan cukai pintu Selangor.

Iklan

"Kebanyakan penduduk juga dilihat kurang peka dengan kenaikan ini, kita harap diberikan masa mencukupi untuk membuat bantahan.

"Notis diterima dalam masa singkat. Notis dikeluarkan bertarikh 1 April 2024 tapi surat tersebut hanya diterima pada Mei lalu dan tempoh bantahan hingga 31 Mei ini, masa tersebut tidak mencukupi," katanya ketika sidang akhbar PRM membantah kenaikan cukai pintu Selangor pada Jumaat.

Swee Yong

Beliau berkata, PRM akan membantu penduduk membuat bantahan dan pada masa sama menghantar memorandum kepada pihak berkuasa tempatan, kerajaan negeri serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

"Jika lihat laporan kewangan kerajaan negeri mencatatkan peningkatan hasil dan rizab, mengapa wang tersebut tidak digunakan untuk biaya kenaikan ini.

"Jadi kita harap kerajaan negeri tangguhkan kenaikan ke suatu masa yang sesuai supaya rakyat tidak dibebani dari satu kenaikan ke kenaikan lain," katanya.

Swee Yong pada masa memohon kaedah bantahan diseragamkan melalui laman sesawang khas memandangkan kadar nilai baharu terpakai di seluruh Selangor.

"Kaedah bantahan tidak mesra pengguna apabila penduduk perlu muat turun borang atau imbas kod QR namun tidak disertakan nombor rujukan untuk semakan status bantahan.

" Jadi pengguna tidak tahu status bantahan sama ada diproses dan direkodkan. Melalui portal khas ini juga membolehkan pengguna membuat rujukan jumlah bantahan yang telah dikemukakan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!