Tiket perlawanan Selangor FC habis lagi

Iklan
Stadium MBPJ akan sekali lagi dipenuhi penyokong Selangor FC.

AKSI membabitkan Selangor FC dalam saingan Liga Super sekali lagi menarik perhatian apabila tiket perlawanan pasukan itu menentang Negeri Sembilan telah habis dijual.

Perlawanan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Kelana Jaya pada Ahad itu bakal menyaksikan lautan penyokong Gergasi Merah memenuhi stadium tersebut.

Iklan
Iklan

Ia merupakan kali kedua penjualan tiket untuk perlawanan Selangor FC habis terjual selepas aksi pasukan itu menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) minggu lalu.

Kelab itu dalam satu hantaran di laman Facebook mereka memaklumkan tiada lagi baki tiket untuk perlawanan tersebut selain mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong setia pasukan itu.

Iklan

Sebelum ini, pada perlawanan menentang KDA FC, seramai 10,077 penyokong memenuhi stadium tersebut yang memberikan semangat luar biasa kepada Selangor.

Perlawanan itu berkesudahan skuad kendalian Nidzam Jamil itu menewaskan KDA FC 1-0 menerus gol tunggal Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau.

Iklan

Selain itu, perlawanan tersebut turut diselangi dengan solidariti kepada Faisal oleh penyokong kedua-dua pasukan yang berdiri dan memberi tepukan pada minit ketujuh perlawanan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!