SHAH ALAM - Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 akan diumumkan pada 27 Mei ini.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi satu kenyataan pada 9 Mei lepas berkata, calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM 2023 dari sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi pada tarikh tersebut.
Bagi calon persendirian pula, slip keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos atau calon boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri di tempat calon mendaftar menduduki peperiksaan itu.
"Calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan peperiksaan melalui dua kaedah.
"Pertama, semakan dalam talian menerusi pautan myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM 2023 mulai jam 10 pagi pada 27 Mei 2024 sehingga pukul 6 petang pada 2 Jun 2024.
"Kedua, secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan SPM 2023 dengan menaip SPM No Kad Pengenalan Angka Giliran dan hantar ke 15888, menurut kenyataan itu.
KPM memaklumkan, sistem ini akan diaktifkan mulai jam 10 pagi pada 27 Mei 2024 sehingga jam 6 petang pada 2 Jun 2024.
"Pihak sekolah hendaklah memastikan pengurusan penyerahan keputusan peperiksaan SPM 2023 kepada calon dilaksanakan secara cekap dan teratur,” katanya.
Seramai 395,870 calon telah mendaftar menduduki peperiksaan SPM 2023 di 3,340 pusat peperiksaan seluruh negara.
KPM mengucapkan tahniah kepada semua calon atas keputusan peperiksaan SPM 2023 dan berharap kejayaan yang diraih menjadi pemangkin untuk terus cemerlang serta menyumbang khidmat bakti kepada negara pada masa hadapan.