REMBAU - Seorang wanita cedera ringan selepas kenderaan dipandunya terlibat kemalangan dengan tiga kenderaan lain termasuk kereta perisai milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kilometer 36.4 Jalan Seremban-Tampin, di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden, Shaik Abd Kadar Shaik Mohamed berkata, kemalangan jam 10.50 pagi itu membabitkan empat kenderaan iaitu Proton Saga, Proton Saga FLX, Perodua Axia dan kereta perisai ATM.
Iklan
Iklan
"Siasatan awal mendapati pemandu kereta Proton Saga iaitu wanita berusia 48 tahun dalam perjalanan untuk pergi bekerja di Create Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian, pemandu Perodua Axia seorang wanita berusia 29 tahun telah hilang kawalan lalu melanggar belakang Proton Saga berkenaan.
Ujarnya, akibat kemalangan itu, pemandu Perodua Axia dan penumpangnya telah mengalami kecederaan di bahagian bibir akibat hentakkan dari beg udara kereta dan dihantar ke Hospital Rembau untuk mendapatkan rawatan lanjut.
"Pemandu tiga kenderaan lain pula tidak mengalami kecederaan. Kes ini seterusnya disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN166/59)," katanya.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!