Kemenangan BN beri signal kepada PH

Iklan
Dr Rusdi Omar

KOTA BHARU - Kemenangan Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis memberi signal kepada parti dalam Pakatan Harapan (PH) untuk bekerjasama dalam setiap pilihan raya sama ada di semenanjung atau di Sabah dan Sarawak.

Penganalisis Politik, Profesor Madya Dr Rusdi Omar berkata, mereka tidak boleh bekerja secara 'silo' dan perlu pada muafakat politik seperti yang dibuat oleh BN.

Iklan
Iklan

"Rakyat Sabah sama juga seperti rakyat di semenanjung yang masih sangsi dan was-was tentang apa kebaikan pemerintahan kerajaan PH sehingga kini.

"Isu-isu yang membelenggu rakyat masih belum lagi diselesaikan oleh kerajaan PH dan rakyat masih tidak nampak PH buat lebih baik dari pemerintahan sebelum ini," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai BN yang mengekalkan kemenangan di kerusi PRK Kimanis dengan majoriti 2,029 undi.

Calonnya, Datuk Mohamad Alamin memperoleh 12,706 undi sementara calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Karim Bujang menerima 10,677 undi.

Iklan

Rusdi berkata, rakyat perlu akui bahawa masa perlu diberikan kepada kerajaan PH untuk mengotakan janji-janji mereka tetapi tindakan ke arah itu perlu dibuat oleh kerajaan PH dan perlu dimaklumkan kepada rakyat.

"Sejauh manakah isu-isu ini telah diambil tindakan oleh kerajaan. Rakyat tidak nampak perkara ini berlaku.

"Itu sebabnya sistem penyampaian informasi kepada rakyat perlu lebih sistematik supaya rakyat tahu apa yang telah dibuat, sedang dibuat dan akan dibuat oleh kerajaan PH," katanya.

Katanya, beliau juga bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahthir Mohamad yang mengulas tentang kekalahan PH dalam PRK sebelum ini kerana jentera parti politik gagal menerangkan secara tuntas tentang dasar-dasar kerajaan.