Buktikan mampu menang tanpa Faisal, Arif Aiman

Iklan
Harimau Malaya kehilangan khidmat Faisal dan Arif Aiman.

SKUAD Harimau Malaya perlu membuktikan kemampuan mereka untuk menang dua baki perlawanan aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Kyrgyzstan dan Taiwan bulan depan walaupun tanpa kelibat dua tonggak penting Faisal Halim dan Arif Aiman Hanapi.

Jurulatih berpengalaman, Sulaiman Hussin berkata, ketiadaan kedua-dua pemain itu membuka ruang buat pemain lain yang dipanggil untuk menyerlahkan keupayaan mereka sekali gus membantu negara meraih kemenangan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ia juga cabaran besar buat Harimau Malaya yang selama ini dilihat terlalu bergantung kepada dua pemain tersebut setiap kali tugasan antarabangsa dan kemenangan akan menjadi hadiah bermakna yang boleh diberikan kepada Faisal dan Arif Aiman untuk segera pulih daripada kecederaan.

"Pada saya, nampak skuad yang berbeza kali ini diberikan mandat mewakili negara. Pemain yang biasa mewakili negara perlu mengekalkan prestasi mereka, tetapi pemain yang baru dipanggil perlu membuktikan apa yang mereka ada.

Iklan

"Saya percaya ada pemain yang akan dapat mengisi tempat ditinggalkan pemain yang cedera dan mereka boleh memacu Harimau Malaya meraih kemenangan dalam dua aksi penting ini," katanya kepada Sukan Sinar pada Jumaat.

Pada Khamis, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengeluarkan senarai 26 pemain yang akan mengikuti kem latihan pusat untuk dua baki perlawanan kelayakan tersebut.

Iklan

Namun, tamparan diterima skuad negara apabila kehilangan khidmat Faisal yang mengalami kecederaan lecuran akibat disimbah asid pada 5 Mei lalu dan perlu berehat sekurag-kurangnya enam bulan sebelum boleh kembali beraksi.

Arif Aiman dan Morales turut mengalami kecederaan dan telah diketepikan ketika perlawanan pertama Liga Super bertemu Negeri Sembilan baru-baru ini.

Ketiadaan beberapa pemain utama itu menyaksikan Pan-gon turut menyenaraikan kembali beberapa pemain baharu dan lama seperti penyerang Kedah Darul Aman (KDA FC), Syafiq Ahmad.

Selain itu beberapa muka turut dipanggil iaitu Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi (Kedah Darul Aman FC), Adib Ra'op (Penang FC), Feroz Baharudin (Johor Darul Ta'zim), Declan Lambert (Kuala Lumpur City FC), Syafiq Ahmad (Kedah Darul Aman FC) dan Engku Shakir Engku Yacob (Terengganu FC).

Dalam pada itu, beliau turut mengharapkan pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon dapat membentuk keserasian selain menyifatkan barisan pemain yang dipanggil pada kali ini agak seimbang.

"Barisan pemain yang dipilih kali ini adalah campuran yang berpengalaman dan baharu. Misi sebelum aksi sebenar adalah Pan-gon kena cari kaedah paling cepat untuk dapatkan keserasian pemain.

"Kita tahu nak nak dapat peralawanan persahabantan yang baik dalam tempoh singkat pun macam agak susah," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!