Diseterika senior gara-gara enggan bersalaman

Iklan
Kejadian di sekolah Madrasah Tsanawiyah (MTs) di sini disifatkan sebagai perbuatan buli yang perlu dipandang serius oleh semua pihak. Foto Agensi

SEMARANG - Seorang pelajar Madrasah Tsanawiyah (MTs) di sini melecur di bahagian badannya selepas diseterika oleh senior di sekolah terbabit.

Menurut laporan media tempatan, kejadian itu berlaku disebabkan mangsa enggan bersalaman dengan pelaku selepas selesai menunaikan solat.

Iklan
Iklan

"Mangsa dikenali sebagai D,14 tahun, sementara pelaku yang berasal dari Bali, tua setahun daripadanya.

"Dia diseterika di bahagian dada dan lengan sebanyak tiga kali oleh pelaku ketika mereka berada di asrama sekolah," ujar polis kota Semarang, AKP Aditya Perdana

Iklan

Susulan itu, pelaku kini bakal berhadapan hukuman selaras dengan undang-undang Republik Indonesia.

"Pelaku bakal didakwa di bawah Undang-Undang Keadilan Juvana kerana dia masih diperingkat bawah umur," katanya lagi.

Iklan

Sementara itu, Ketua Bahagian Pendidikan Madrasah Kementerian Agama, Ahmad Faridi menyifatkan kejadian itu sebagai buli dan ia perlu dipandang serius oleh semua pihak terutama dalam sektor pendidikan.

"Tindakan buli ini tidak boleh ditoleransi sama sekali, apatah lagi hingga mendatangkan kecederaan," ujarnya. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!