SEGAMAT - Seorang lelaki warga emas dilaporkan hilang selepas dipercayai terjatuh dari bot miliknya di kawasan Sungai Kampung Balai Badang di sini, pada Jumaat.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan 1, Khas Untuk Penyandang (KUP) Zuraimi Harun dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Segamat berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung perkara tersebut daripada isteri mangsa pada jam 4.47 petang.
Beliau berkata, isteri mangsa memaklumkan, suaminya yang berusia 66 tahun hilang sejak jam 9 pagi Jumaat dikhuatiri terjatuh dari bot di sekitar kawasan Sungai Kampung Balai Badang.
"Sebaik menerima panggilan tersebut, satu Pasukan Keluaran Operasi (PKO) dari Bandar Baru Segamat serta Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) bersama 14 anggota lapangan (TOA) termasuk Komander Operasi Kanan, Penolong Penguasa Bomba, Muhammad Hazim Abd Razak dari BBP Segamat telah dihantar ke lokasi.
Difahamkan, usaha mencari mencari lelaki warga emas itu masih berterusan di lokasi sama hari ini.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!