3 bilik pembedahan di Pusat Jantung Serdang beroperasi Jun ini

Iklan

KUALA LUMPUR - Sebanyak tiga daripada empat bilik pembedahan di Pusat Jantung Serdang (PJS), Selangor akan mula beroperasi untuk kegunaan pembedahan elektif dan kecemasan pada Jun ini.

Perkara itu disahkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad melalui satu hantaran ringkas di laman X pada Sabtu.

Iklan
Iklan

"Dalam pada itu, perkhidmatan kardiologi angiogram di PJS dan rawatan kecemasan pesakit masih berjalan seperti biasa, menggunakan fasiliti di Hospital Sultan Idris Shah (Hospital Serdang),” katanya dalam hantaran tersebut.

Sebelum ini, Kompleks Dewan Bedah Pusat Jantung Serdang yang dibuka pada Disember 2022 dilaporkan berdepan beberapa isu teknikal, termasuk masalah bekalan elektrik.

Iklan

Susulan itu, sebuah mesyuarat antara kontraktor PJS dengan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Kerja Raya telah diadakan baru-baru ini dan pihak kontraktor memberi jaminan segala kerosakan dan kecacatan di fasiliti kesihatan tersebut, akan dibaiki menjelang Jun ini. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan