Jadikan prinsip pertama Rukun Negara, sistem nilai untuk hapus rasuah

Iklan
Hussamuddin ketika menyampaikan perkongsian bertajuk Perangi Rasuah: Usaha dan Kerjasama Media dan CS, Menuntut Pembersihan Politik sempena Kongres Bersih 2024, pada Sabtu.

KUALA LUMPUR - Masyarakat seharusnya menjadikan prinsip pertama dalam Rukun Negara iaitu Kepercayaan kepada Tuhan serta sistem nilai yang baik sebagai 'senjata' untuk menghapuskan rasuah di negara ini.

Ketua Pasukan Rasuah Busters, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, justeru gerakan itu sentiasa mengajak orang ramai untuk mentransformasi nilai moral dan karakter bangsa dengan menjadikan prinsip berkenaan sebagai pegangan dalam kehidupan seharian.

Iklan
Iklan

"Bangsa Malaysia ada moral, sistem nilai dan karakter tetapi sekarang sistem itu sudah tiada kerana kita tidak percaya kepada tuhan, lupa ayat pertama Rukun Negara (iaitu) percaya kepada tuhan.

"Untuk menyelamatkan negara ini daripada terus dicemari rasuah, semua orang mesti kembali kepada tuhan, belajar semula agama masing-masing kerana ia mengajar tentang nilai (seperti) jujur, jangan ambil hak orang, bertanggungjawab dan sebagainya.

Iklan

"Kita salahkan orang politik tetapi bila kita jadi pegawai, kita tak pegang nilai itu," katanya ketika menyampaikan perkongsian bertajuk Perangi Rasuah: Usaha dan Kerjasama Media dan CSO, Menuntut Pembersihan Politik sempena Kongres Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2024, pada Sabtu.

Dalam pada itu beliau yang juga Penasihat Kumpulan Karangkraf berpandangan, semua pihak harus bekerjasama bagi memperkasakan sistem nilai masyarakat di negara ini.

Iklan

Ini kerana ujarnya, sikap menormalisasikan rasuah telah lama berlaku dan tidak pernah diubah sehingga kini.

"Kalau seorang yang masih melakukan rasuah dan salah guna kuasa, dia sebenarnya menentang hukum tuhan, seolah-olah tidak mempercayai dan tidak takut tuhan.

"Jadi maknanya, kalau kita benar-benar takut pada tuhan dan percaya akhirat, kita tidak akan beri dan terima rasuah.

"Jadi sekarang orang yang memberi rasuah anggap perkara ini normal, begitu juga orang menerima rasuah," tegasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!