Tangguh laksana tarif air 2 tahun berbanding negeri lain - Kon Yeow
Iklan
Kon Yeow (tengah) merasmikan Hari Air Sedunia 2024 di Taman Rekreasi Bukit Dumbar, George Town pada Sabtu.
GEORGE TOWN - Tarif air yang dinikmati oleh pengguna di Pulau Pinang ketika ini merupakan tarif air baharu yang telah dibuat permohonan pada 2015 dan diluluskan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) pada 2022.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, walaupun diluluskan pada 2022, namun pihaknya menangguhkan pelaksanaan tarif air selama dua tahun untuk membolehkan pengguna menikmati kadar air yang lebih rendah.
Iklan
Iklan
"Kita sudah menangguhkan pelaksanaan tarif baharu ini selama dua tahun.
"Inilah keistimewaan yang kita berikan kepada pengguna kerana kelulusan permohonan tarif baharu telah diluluskan pada tahun 2022.
Iklan
"Kita hanya melaksanakan tarif baharu ini pada Februari tahun ini.
"Pengguna sudah menikmati tarif lebih rendah selama dua tahun," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Hari Air Sedunia 2024 di Taman Rekreasi Bukit Dumbar di sini pada Sabtu.
Iklan
Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), K Pathmanathan dan Pengerusi SPAN, Charles Santiago.
Kon Yeow berkata, penangguhan pelaksanaan tarif baharu itu adalah kerana beberapa faktor antaranya penukaran pentadbiran kerajaan, Kabinet dan sebagainya.
"Negeri lain telah pun laksanakan tarif baharu ini pada tahun lalu tetapi Pulau Pinang hanya laksanakan pada Februari tahun ini.
"Kita sudah memberi pertimbangan dengan tangguhkan (tarif baharu), masa yang kita tangguhkan ini adalah satu penjimatan kepada pengguna sebab walaupun tarif air sudah diluluskan, tetapi kita gunakan tarif yang lama hampir setahun lebih," katanya.
Tambah beliau, sebelum ini, PBAPP telah membuat pelbagai hebahan dan penerangan mengenai isu bekalan air di Pulau Pinang termasuk kadar tarif baharu.
"Saya rasa telah banyak penerangan yang telah dibuat PBAPP sebelum ini dan ia sudah mencukupi.
"Ia dibuat banyak kali bagi membolehkan pengguna memahami isu bekalan air dan tarif baharu di Pulau Pinang," katanya.
Sementara itu, Pathmanathan berkata, PBAPP telah mengenal pasti 2,000 lokasi di Balik Pulau untuk pemasangan meter pintar pada tahun ini.
Menurutnya, selain itu, PBAPP juga menyasarkan pemasangan sebanyak 20,000 unit meter yang sama pada tahun depan melibatkan kos RM2.5 juta di beberapa lokasi lain yang akan dikenal pasti.
"Pemasangan meter pintar ini untuk memudahkan pengguna memperoleh bil air mereka.
"Dengan adanya meter pintar ini, pengguna boleh memilih sama ada mereka mahu bil air dikira sebulan atau dua bulan sekali.
"Kita akan bermula sedikit demi sedikit pelaksanaan penggunaan teknologi digital untuk memudahkan pengguna," tambahnya lagi.
Sebelum ini, kadar tarif air domestik di Pulau Pinang naik berganda bermula 1 Februari lalu di mana pengguna yang menggunakan sehingga 20 meter padu air sebulan akan dikenakan 50 sen setiap meter padu, berbanding kadar terdahulu 22 sen.
Pengguna yang menggunakan 20 hingga 35 meter padu air sebulan akan dikenakan RM1.10 setiap meter padu, manakala penggunaan lebih 35 meter padu akan dikenakan RM2 setiap meter padu, berbanding kadar semasa masing-masing 46 dan 68 sen.
Susulan kadar baharu itu, ramai pengguna di Pulau Pinang terkejut dengan peningkatan kadar bil bekalan air dengan kebanyakan meningkat lebih 100 peratus sehingga lebih 150 peratus sejak Februari lalu.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam