Isu boikot dalam khutbah Jumaat: Mufti Perak akan beri penjelasan

Iklan
Saarani menyantuni pengunjung di Jualan Rahmah sempena SDSI dan Hari Jelajah Usahawan, Agro dan Koperasi Negeri Perak 2024 di Stadium Indera Mulia, Ipoh pada Sabtu.

IPOH - Jabatan Mufti Perak akan tampil memberi penjelasan lanjut berhubung teks khutbah Jumaat di negeri ini yang menjadi polemik susulan seruan kepada umat Islam untuk menghentikan amalan boikot.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, penjelasan itu bagi memastikan pengisian dan mesej sebenar dalam teks khutbah berkenaan dapat difahami orang ramai terutama umat Islam.

Iklan
Iklan

"Seeloknya kita bertenang dan dapatkan penjelasan lanjut kerana dalam Islam penting untuk kita menjaga sensitiviti antara satu sama lain.

"Dalam hal ini, Mufti akan memberi penjelasannya nanti termasuklah latar belakang dan maksud sebenar dalam teks tersebut.

Iklan

"Barangkali dalam tempoh 20 minit untuk teks itu (khutbah) dibacakan (semalam), (maksud) tak sampai kepada tujuan teks tersebut," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) dan Hari Jelajah Usahawan, Agro danKoperasi Negeri Perak 2024 di Stadium Indera Mulia di sini pada Sabtu.

Saarani berkata, isu mengenai teks khutbah bertajuk 'Menghayati Keadilan Sejagat Dalam Kehidupan Bernegara' itu turut ditekankan dalam Majlis Perundingan Masjid (MPM) Negeri Perak yang dihadirinya hari ini.

Iklan

Katanya, dalam pertemuan dipengerusikan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Mohd Annuar Zaini bersama Mufti Perak, Datuk Seri Wan Zahidi Wan Teh dan pengerusi-pengerusi masjid itu, beliau diberi penjelasan berhubung teks tersebut.

"Saya tidak mahu mengulas apa-apa melainkan nak beritahu bahawa teks khutbah berkenaan adalah teks yang disediakan oleh Jabatan Mufti yang telah pun mendapat persetujuan dan tandatangan daripada Mufti.

"Dalam konteks kita (Perak) ketetapannya semua khatib hendaklah membaca teks khutbah yang dikemukakan itu.

"Bermakna, kalau ada orang tak baca, dia telah membuat kesalahan berasaskan kepada arahan daripada MAIPk dan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk)," katanya.

Akhbar semalam melaporkan, teks rasmi khutbah Jumaat yang dibacakan di masjid dan surau diri Jumaat itu menyeru umat Islam menghentikan amalan boikot atau memulaukan perniagaan tertentu.

Khutbah itu antara lain menyatakan bahawa tindakan boikot harus dihentikan dengan hujah bahawa perbuatan tersebut berlawanan dengan keadilan Islam.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!