Lelaki hilang ketika keluar pasang pukat ditemukan lemas

Iklan
Gambar hiasan

BINTULU - Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika keluar memasang pukat ikan di kawasan Sungai Annau, Tatau, pada Rabu ditemukan lemas pada Sabtu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, berdasarkan maklumat daripada anak saudara mangsa, mayat Nicholas Daniel, 38, ditemukan di kawasan tujuh kilometer dari perahunya yang dijumpai pada hari dia dilaporkan hilang.

Iklan
Iklan

"Mayat ditemukan pada jam 1.41 tengah hari dan dalam keadaan tidak sempurna. Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya,” katanya dalam kenyataan.

Jurucakap itu berkata, berdasarkan laporan polis pada jam 6.07 petang Khamis lepas, mangsa telah keluar dari rumah untuk memasang pukat ikan di Sungai Annau, dengan menaiki perahu lebih kurang jam 5 petang Rabu.

Iklan

Seorang saksi pada hari sama telah menemukan perahu dinaiki mangsa, namun tidak menjumpai mangsa di dalam perahu terbabit.

Mangsa kali terakhir dilihat memakai baju warna kelabu dan seluar pendek warna merah.

Iklan

Berikutan penemuan itu operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada jam 2.30 petang. - Bernama