Speaker Pulau Pinang serah notis kekosongan DUN Sungai Bakap Isnin ini

Iklan
Laporan Sinar Harian

GEORGE TOWN - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang akan menyerahkan notis perisytiharan kekosongan kerusi DUN Sungai Bakap susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Isnin ini.

"Saya akan berjumpa Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pulau Pinang Isnin depan untuk menyerahkan notis rasmi daripada saya,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Nor Zamri, 56, meninggal dunia kira-kira 1.38 tengah hari semalam ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya (HSJ) kerana mengalami keradangan dalam perut dan menerima rawatan di situ sejak awal bulan ini.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang Ogos lepas, Nor Zamri yang juga Yang Dipertua Pas Nibong Tebal menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi. - Bernama

Iklan
Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!