Kasih sayang, hormat-menghormati lebih kuat daripada toleransi - PM

Iklan
Anwar

JOHOR BAHRU - Penggunaan perkataan toleransi dicadang agar digantikan dengan perpaduan ke arah kasih sayang dan hormat-menghormati sesama insan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia bagi menggambarkan masyarakat majmuk sesuai dengan pendekatan Gagasan Malaysia Madani.

Iklan
Iklan

"Saya tidak mahu Kementerian Perpaduan sebut toleransi, tetapi saya mahu kementerian sebut perpaduan ke arah kasih sayang, hormat-menghormati sesama insan, ini lagi kuat daripada perkataan toleransi.

"Dalam Malaysia Madani bukan ditekankan kemampanan harus kita angkat martabat negara, ekonomi yang melonjak, tetapi kita harus menggapai dan meneroka alam pemikiran dan rekaan baharu.

Iklan

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi; Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang;

dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Iklan

Dalam pada itu, Anwar berkata, fahaman perkauman dan agama yang sempit selain semangat wilayah atau kenegerian keterlaluan hanya akan membawa perpecahan dan menanam kebencian.

Tegasnya, semua masyarakat perlu menyelamatkan negara ini daripada terjerumus ke lembah kemusnahan yang boleh menghancurkan negara.

"Fahaman perkauman dan agama yang sempit, bukan membawa Rahmah dan merapatkan bani Adam atau mengangkat martabat keinsanan tetapi hanya memecah belah dan menanam kebencian.

"Begitu juga (semangat) wilayah, kawasan atau fahaman kenegerian keterlaluan, sehingga menyebabkan kita kata negeri aku paling hebat, benci negeri lain,”katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!