Menilai semula dasar luar negara
Iklan
PENEGASAN Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Malaysia akan terus mengamalkan dasar tidak memihak dalam persaingan antara Amerika Syarikat (AS) dan China di Jepun baru-baru ini membayangkan sejarah panjang tradisi diplomasi negara sejak merdeka.
Bagaimanapun, ancaman dan usaha China untuk mengubah sempadan maritim Laut China Selatan secara agresif harus membuka mata Malaysia serta ASEAN bahawa geopolitik rantau ini sudah berubah dan ia memerlukan satu pendekatan baharu.