Kilang kitar semula musnah dalam kebakaran

Iklan
Kebakaran membabitkan unit kilang berkenaan.

KULAI - Sebuah kilang memproses bahan kitar semula di Kawasan Industri Wangsa Idaman, Taman Scientex di sini musnah dalam kebakaran malam tadi.

Ketua Operasi, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fauzi Awang berkata, bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.33 malam.

Iklan
Iklan

"Kebakaran membabitkan sebuah bangunan kilang kitar semula. Operasi kemudiannya dijalankan dengan membuat longkang air (fire break). Anggota bomba menggunakan sumber air dari lori tangki serta pili bomba berhampiran untuk memadam kebakaran,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, operasi memadamkan kebakaran telah melibatkan seramai 23 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Skudai dan Larkin dengan bantuan lima jentera termasuk dua lori tangki air.

Iklan

Tambahnya, seramai 11 anggota bomba sukarelawan daripada Pasukan Bomba Sukarelawan (PBS) Kulai dan Senai turut terlibat membantu operasi berkenaan.

"Kebakaran bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa,” jelasnya.

Iklan