Pemergian Nabil Mentor, Boboiboy berterima kasih pinjamkan suara

Iklan
Nabil Mentor disahkan meninggal dunia pada pagi Ahad.

SHAH ALAM - Animonsta Studios Sdn Bhd (Monsta) yang menerbitkan siri animasi, BoboiBoy merakamkan ucapan takziah kepada keluarga di atas pemergian penyanyi, Nabil Zafril Zamanhuri atau lebih dikenali sebagai Nabil Mentor pada pagi Ahad.

Menurut satu hantaran di Facebook rasmi BoboiBoy, pihaknya turut mengucapkan terima kasih kepada naib juara program Mentor musim pertama itu kerana pernah meminjamkan suara untuk watak dalam siri animasi berkenaan.

Iklan
Iklan

"Terima kasih kerana membantu kami menceriakan kanak-kanak seluruh dunia dengan meminjamkan suara untuk watak Kapten Kaizo dan Maripos.

"Semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman," katanya.

Iklan

Berita pemergian penyanyi berusia 37 tahun terbabit disahkan oleh rakannya yang memberitahu arwah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang, Selangor.

Menerusi hantaran berbeza, ibu Nabil iaitu Fatimah Abdullah memaklumkan, urusan pengebumian anak lelakinya akan diberitahu kemudian dan turut meminta agar diampunkan dosa serta dihalalkan segala-galanya.

Iklan

"Mohon ampun dan halalkan makan minum dia, doa agar ditempatkan bersama mereka yang beriman," ujarnya.

Untuk rekod, Nabil pernah menyanyikan lagu seperti Kenangan Lama, Hati Ini, Selangkah dan Beku.

Allahyarham meninggalkan seorang balu iaitu Adelia Citra Hapsari dan dua cahaya mata perempuan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!