Kemeja batik Rahmah

Iklan

Pengusaha batik, Wan Noor Diran Wan Long, 56, menunjukkan koleksi kemeja batik Rahmah yang ditawarkan kepada pengunjung semasa ditemui pada Karnival Kraf Pantai Timur di sebuah pusat membeli belah di Kemasik, Chukai.

Wan Noor Diran berkata beliau mengambil inisiatif mengeluarkan kemeja batik Rahmah dengan harga serendah RM69 sejak Oktober tahun lalu selepas arahan kerajaan yang mewajibkan penjawat awam memakai busana tersebut setiap Khamis.

Iklan
Iklan

Margin keuntungan agak rendah namun beliau tetap berpuas hati kerana dapat memberi peluang kepada semua lapisan rakyat memiliki busana batik yang sinonim dengan rakyat Terengganu.

Malah aspek kualiti juga tetap dijaga supaya tahan lama dan setanding dengan produk keluaran biasa. Foto Bernama

Iklan
Iklan