Air Selangor giat perluas kempen daftar Jom e-Bil

Iklan
Orang ramai mendaftar e-Bil di kaunter disediakan di Karnival Jom e-Bil yang berlangsung di The Curve kelmarin. Foto: Sharifudin Abdul Rahim.

PETALING JAYA - Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) Sdn Bhd menyasarkan 600,000 pengguna mendaftar perkhidmatan e-Bil sebelum 30 April ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Suhaimi Kamaralzaman berkata, melalui sistem baharu itu, pelanggan akan menerima bil melalui e-mel.

Iklan
Iklan

Menurutnya, langkah itu bertepatan dengan transformasi Air Selangor ke arah perkhidmatan secara digital dan mudah diakses.

Suhaimi

"Pengguna menikmati perkhidmatan yang cepat dan memudahkan pembayaran bil dilakukan di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa menerusi perkhidmatan atas talian serta aplikasi telefon pintar.

Iklan

"Dalam masa sama, Air Selangor juga ingin meningkatkan kesedaran penjagaan alam sekitar dengan mengurangkan penggunaan kertas,” katanya pada Karnival Jom e-Bil Air Selangor di The Curve Mutiara Damansara di sini kelmarin.

Pada program itu, pengunjung berpeluang bertemu dan beramah mesra bersama artis, Alif Satar yang dipilih sebagai duta kempen Jom e-Bil Air Selangor.

Iklan

Dalam pada itu, Suhaimi berkata, Air Selangor turut menganjurkan Peraduan Cari, Daftar dan Menang sebagai inisiatif memperluaskan kempen pendaftaran Jom e-Bil kepada pengguna.

Aplikasi e-Bil memudahkan pengguna untuk mengakses perkhidmatan itu menerusi telefon pintar. Foto: Sharifudin Abdul Rahim.

"Pelanggan yang mempunyai rujukan paling tinggi akan berpeluang menangi pakej percutian ke luar negara dan 30 hadiah lain.

"Pengguna e-Bil Air Selangor yang mendaftar bermula 1 Januari 2019 hingga 30 April ini turut berpeluang menang hadiah cabutan bertuah bulanan iaitu rebat air sehingga RM10 selama 10 bulan dan hadiah utama, Perodua Myvi,” katanya.

Pendaftaran e- Bil boleh dibuat melalui https://update.airselangor.com/ oleh pengguna di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.