Mayat wanita ditemukan dalam rumah

Iklan
Gambar hiasan

PUTRAJAYA - Kes seorang wanita yang ditemukan meninggal dunia dalam rumahnya di Pangsapuri Siantan Taman Putra Perdana di sini pada Ahad diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintenden G Shan Gopal berkata, wanita berusia 46 tahun itu didapati tinggal seorang diri dan hasil siasatan lanjut, jiran wanita terbabit memaklumkan mangsa tidak kelihatan selama dua minggu dan usaha menghubunginya turut gagal.

Iklan
Iklan

"Siasatan di tempat kejadian juga tidak menemui sebarang unsur jenayah, kemungkinan kematian berpunca daripada penyakit kronik yang dihidapi," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Menurut Shan Gopal, proses bedah siasat akan dijalankan esok dan menasihati orang ramai agar tidak menimbulkan apa-apa spekulasi atau menyebarkan berita tidak benar berhubung insiden terbabit. - Bernama

Iklan
Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!