Kemas kini segera UPU selepas terima keputusan SPM

Iklan
Mohd Radzi

SHAH ALAM - Calon-calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang bakal memperoleh keputusan pada Isnin dinasihat agar merancang masa depan sebaiknya dengan mengemaskini segera sistem Unit Pusat Universiti (UPU).

Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, apa juga keputusan yang diperoleh, ia perlu dijadikan sebagai titik tolak hala tuju masa hadapan.

Iklan
Iklan

Sehubungan itu, beliau menggesa calon-calon terlibat mengemas kini sistem UPU dengan memilih kursus pengajian yang bersesuaian.

"Apa sahaja keputusan, anak-anak sudah ikhtiar yang terbaik... jika tak sampai sasaran mesti rasa sedih tapi jangan biarkan rasa sedih menguasai diri.

Iklan

"Apa yang paling penting, esok, rancang masa depan... anak-anak tak ada masa yang lama, hanya beberapa hari sahaja kemas kini di UPU dan gunakan tempoh ini sebaiknya untuk memilih kursus-kursus yang bersesuaian berdasarkan keputusan yang telah dicapai anak-anak sekalian," katanya menerusi hantaran video di media sosialnya pada Ahad.

Keputusan SPM 2023 akan diumumkan dan calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM 2023 dari sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi pada tarikh tersebut.

Iklan

Bagi calon persendirian pula, slip keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos atau calon boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri di tempat calon mendaftar menduduki peperiksaan itu.

Seramai 395,870 calon telah mendaftar menduduki peperiksaan SPM 2023 di 3,340 pusat peperiksaan seluruh negara.

Dalam pada itu, Radzi berkata, ibu bapa perlu memainkan peranan memberi sokongan kepada anak mereka untuk merancang masa depan sesuai dengan keputusan yang diperoleh agar membantu calon terlibat membawa diri di masa hadapan.

"Penting ibu bapa perlu sama-sama merancang bagaimana kita ingin bawa anak-anak ini dan guru-guru perlu main peranan mengimbangi keadaan ketika pelajar mengambil keputusan.

"Jadi orang yang dekat dengan anak-anak ini untuk menasihati mereka. Nasihatkan anak kita supaya mereka sedar dan tahu masa hadapan mereka," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!