Langkah kubur buatan tetap langgar syariat - Mufti Kelantan
Iklan
SHAH ALAM - Perbuatan mempersendakan dan mengaibkan kubur orang Islam bercanggah dengan syariat kerana dianggap melanggar adab serta akhlak yang sepatutnya dijaga ketika berada di tanah perkuburan.
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, ia termasuklah tindakan dilakukan itu bertujuan untuk mengelirukan pihak lain hingga mengakibatkan orang bersangka buruk sepertimana dilakukan seorang pempengaruh wanita yang tular ketika ini.