Bersih berhak nyata kebimbangan
Iklan
SHAH ALAM - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) berhak untuk menyuarakan kebimbangan apabila merasakan agenda reformasi dijanjikan Kerajaan Perpaduan agak perlahan.
Bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua berkata, sebagai badan bukan kerajaan yang banyak berkempen untuk reformasi dan bebas daripada mana-mana parti politik, sudah tentu mereka mempunyai asas berbuat demikian.