DBKL sita barang empat penjaja warga asing di pasar karat

Iklan
DBKL sita empat penjaja warga asing di pasar karat sekitar ibu negara

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita barang empat penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen di pasar karat sekitar ibu negara pada Ahad.

DBKL dalam satu kenyataan memaklumkan, sitaan dilakukan selepas pihaknya menjalankan pemantauan dan pemeriksaan di Lorong Bandar 22 dan Lorong Bandar 19, Jalan Sultan dan Jalan Tun H.S.Lee di sini.

Iklan
Iklan

"Empat tindakan sita barangan perniagaan itu di bawah peruntukan UUK 3(1) UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016. Pemantauan," katanya menerusi Facebook.

Kesemua barangan yang disita dipindahkan ke Stor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk tindakan rekod dan dokumentasi

Dalam pada itu, DBKL turut memberikan teguran dan amaran tegas kepada penjaja pasar karat warga tempatan yang mengambil warga asing bekerja dengan mereka.

Iklan

"Sekiranya masih berlaku, DBKL tanpa ragu-ragu akan menjalankan tindakan kompaun dan sita sekiranya ingkar," katanya.

Kesemua barangan yang disita dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk tindakan rekod dan dokumentasi.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!