MELAKA - Syarikat pembekal susu, Farm Fresh Berhad (Farm Fresh) menganjurkan Majlis Sambutan Karnival Hari Susu Sekolah Sedunia Peringkat Kebangsaan sempena Program Susu Sekolah Sesi 2023/2024.
Karnival ini diadakan bertujuan untuk meraikan Hari Susu Sekolah Sedunia disamping penyampaian tujuh kategori anugerah yang ditaja oleh Farm Fresh sebagai Program Tanggungjawab Sosial (CSR) bagi meraikan sekolah dan anak-anak murid di seluruh negara.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah meneruskan Program Susu Sekolah (PSS) di dalam Rancangan Makanan Tambahan (RMT) bermula Mei 2023 sehingga Jun 2024 secara tender terbuka kepada pengilang-pengilang susu tempatan untuk membekalkan susu terus kepada sekolah dan murid-murid sekolah rendah penerima bantuan di seluruh negara.
Penerima bantuan ini terdiri daripada murid-murid dari keluarga miskin tegar, Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) dan murid di sekolah Asli. Susu Sekolah (PSS) telah dilaksanakan mulai tahun 1983 dan berterusan sehingga sekarang.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata, objektif KPM dalam program ini adalah untuk memupuk amalan pengambilan susu atau produk tenusu dalam pemakanan murid-murid terutamanya dari kalangan keluarga berpendapatan rendah.
"Program ini diharapkan akan menjadi amalan murid sehingga mereka dewasa agar kita dapat membentuk generasi yang sihat dan cergas.
"Selain memupuk amalan minum susu, program ini juga merupakan usaha pihak KPM bersama-sama dengan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dalam memastikan murid-murid di sekolah rendah mendapat nutrisi yang seimbang dan lengkap bagi setiap hari persekolahan.
"Atas dasar ini dan sokongan pihak KKM, program ini telah diperkasakan dan diteruskan pada 2024,” katanya.
Farm Fresh selaku pembekal terbesar perlu membekalkan susu kepada hampir 355,000 murid-murid, 3,037 buah sekolah dan melibatkan perbekalan keseluruhan melibatkan 63 juta kotak susu untuk perbekalan sepanjang program ini (sehingga Mei 2024).