'Najib jangan risau, bimbang masalah sendiri dulu'- MB Perak

Iklan
Ahmad Faizal Azumu

BATU GAJAH - Datuk Seri Najib (Tun Razak) jangan risau, bimbang masalah diri sendiri dahulu, demikian reaksi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu terhadap pandangan bekas perdana menteri itu yang menyarankan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) untuk mengambil alih Taman Tema Animasi Studio (MAPS).

Menurutnya, Najib tidak mempunyai gambaran tepat mengenai masalah yang dihadapi MAPS dan menyarankan beliau untuk fokus terhadap perjalanan kesnya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Iklan
Iklan

Katanya, pihaknya yakin kerajaan negeri mampu untuk menyelesaikan kemelut yang melanda taman tema itu.

"Najib tidak ada maklumat tentang apa yang sedang dihadapi oleh MAPS jadi saya ingat beliau perlu fokus pada masalah yang sedang beliau dihadapi untuk mempertahankan diri di mahkamah.

Iklan

"Saya rasa kerajaan negeri mampu, ada kebolehan dan boleh kami guna otak yang dianugerah oleh ALLAH SWT untuk selesaikan masalah MAPS. Datuk Seri (Najib) jangan risau," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan Hakmilik RPT Papan dan penyampaian Notis 5A RPT Bemban Rakyat Daerah Kinta di Arena Square di sini hari ini.

Ahmad Faizal (kiri) menyampaikan Hakmilik RPT Papan kepada salah seorang penerima dalam satu majlis di Batu Gajah hari ini.

Terdahulu, Najib dalam status Facebooknya pada 29 Disember lalu menyarankan Khazanah wajar mengambil alih MAPS daripada Kerajaan Perak sebagai langkah untuk menghidupkan semula MAPS yang diibaratkan sebagai nyawa-nyawa ikan.

ARTIKEL BERKAITAN Tunggakan bil elektrik MAPS hampir RM4 juta

Iklan