Kastam Johor banteras tiga aktiviti penyeludupan

Iklan
Aminul Izmeer (tengah) menunjukkan rokok elektronik dan cecair rokok elektronik bernilai RM805,200 yang cuba diseludup ketika sidang akhbar.

JOHOR BAHRU - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Negeri Johor berjaya membanteras tiga aktiviti penyeludupan melibatkan penyeludupan rokok elektronik dan cecair rokok elektronik bernilai RM805,200 selain mematahkan penyeludupan dadah di pelabuhan bernilai RM10.3 juta dan penyeludupan daging sejuk beku bernilai RM2,146,983.04.

Pengarah Kastam Negeri Johor, Aminul Izmeer Mohd Sohaimi berkata, hasil serbuan Unit Operasi bersama Unit Marin Bahagian Penguatkuasaan ke sebuah premis di sekitar Ampang Selangor pada 14 Mei lalu telah berjaya merampas sejumlah rokok elektronik dan cecair rokok elektronik pelbagai jenama yang dipercayai tidak berkastam dan melanggar peruntukan Akta Kastam 1967.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun katanya, ketika serbuan, premis berkenaan didapati berkunci dan tidak berpenghuni.

"Dianggarkan nilai rokok elektronik dan cecair rokok elektronik yang disita adalah RM805,200 dan anggaran cukai/duti terlibat berjumlah RM166, 742 dengan jumlah keseluruhan yang disita, RM971, 942.

Iklan

"Kesemua barang kes telah disita dan usaha mengesan pemilik premis sedang dijalankan," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 iaitu menyimpan barang-barang tidak berkastam di mana jika sabit kesalahan bagi kesalahan pertama denda tidak kurang 10 kali ganda nilai barang atau RM100,000 mengikut mana-mana a main yang lebih besar dan tidak melebihi 30bkalibganda nilai barang atau RM50,000 mengikut mana-mana amaun lebih besar atau kedua-duanya sekali.

Iklan

Dalam pada itu, Aminul Izmeer berkata, pihaknya juga berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah dengan menyita satu kontena berukuran 40 kaki di Bay Pemeriksaan Kastam, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah pada 15 Mei lalu.

Aminul Izmeer (tengah) menunjukkan rampasan bungkusan plastik berbentuk segi empat tepat yang merupakan dadah jenis kokain pada sidang akhbar berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya turut merampas 50 bungkusan plastik berbentuk segi empat tepat yang disembunyikan di ruang pendingin hawa kontena terbabit dan pemeriksaan lanjut mendapati ia merupakan dadah jenis kokain yang dimampatkan dalam bentuk serbuk seberat 51 kilogram (kg).

"Siasatan mendapati kontena dari China dan dalam perjalanan ke destinasi akhir di Sarawak itu telah diikrarkan melalui borang Kastam 6 sebagai manifest transshioment dan Bill of leading sebagai bawang segar (fresh onion) sebanyak 2,900 bungkusan yang dianggarkan bernilai RM10.3 juta.

"Modus operandi sindiket penyeludupan ini adalah dengan cubaan menyeludup dadah secara sembunyi menggunakan kontena sejuk beku bagi mengaburi pihak berkuasa.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu mengedarkan dadah berbahaya di mana jika sabit kesalahan pesalah dihukum dengan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sekiranya hukuman diberikan oleh Mahkamah adalah hukuman penjara seumur hidup, tertuduh juga hendaklah di sebat tidak kurang 12 sebatan," katanya.

Sementara itu, Aminul Izmeer berkata, pihak JKDM Johor juga telah menahan lima lori dan merampas daging sejuk beku yang tidak diikrarkan dan tiada permit melibatkan daging khinzir, lembu, dada dan ayam (dada dan kepak) yang dianggarkan bernilai RM2.1 juta.

Katanya, lima lelaki warga tempatan turut ditahan untuk siasatan lanjut sebelum dilepaskan di bawah Seksyen 116(5) Akta Kastam 1967 dengan wang jaminan berjumlah RM10,000 setiap tangkapan.

"Modus operandi yang digunakan bagi aktiviti penyeludupan ini adalah dengan menyeludup daging sejuk beku secara sembunyi menggunakan lori muatan biasa untuk mengaburi pihak berkuasa.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 iaitu mengangkat dan memindahkan barang-barang tidak berkastam di mana jika sabit kesalahan; bagi kesalahan pertama denda tidak kurang dari 10 kali ganda nilai barang atau RM100,000 mengikut mana-mana amaun yang lebih besar atau penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!