Hipokrasi 'sahabat baik'
Iklan
STATUT Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa atau ICC yang ditubuhkan pada 1998 adalah mahkamah jenayah antarabangsa pertama berasaskan perjanjian, bertujuan menamatkan kekebalan terhadap pelaku jenayah paling serius membabitkan pembunuhan beramai-ramai, jenayah perang serta jenayah kemanusiaan dan pencerobohan.
Sebanyak 124 negara telah menjadi ahli Statut Rom sejak ia diperkenalkan dengan 33 adalah negara Afrika, 19 negara Asia Pasifik, 19 Eropah Timur, 28 Amerika Latin dan 25 lagi negara Eropah Barat serta lain-lain.